Monday, August 17, 2015

Jodoh 2 Kali Part II : Indah Lelapku



Kisah ini berlaku di sekolah, pada waktu fizik di makmal fizik. Cikgu fizik kami, Cikgu Waha, seorang yang agak kalut + cerewet + kuat leter dan tua. Tak siapa berani bercakap dalam kelas dia . Nak jawap soalan pun jawab slow2 je, mana tak nya, jawap silap naas kau di bebelkan. Penah sekali aku silap tulis unit, berjam jugak nak tunggu dia diam.

Tapi bagi aku dia ni ok je pasai aku ni pandai amik hati huhu.
Tengah semua takut nak jawap, aku ahh jawap dengan confiden nye. walaupun jawapan salah. Dah sebab aku je duk naik, jadilah aku anak murid kesayangan nya. Apa2 hal je pasal kelas tanya aku. Tk tanya dah ketua kelas yang duduk sebelah aku tu.

Alkisah ditakdirkan bulan August selain bulan kemerdekaan merupakan bulan sains dan inovasi. Dia pun tengah kalut sekarang ni. Anak murid dia form 3 buat projek apa tah. Projek sains jilake, projek apa lagi? Cikgu Waha nilah leader yang akan membawa mereka bertanding.

Dah ditakdirkan, kawan dia, yang bersama dalam membina projek tersebut masuk hospital. Termakan julap katanya. huh nasiblah berlaku di sekolah, dapat claim insuran.

Berita itu sampai ke telingan Cikgu Waha melalui smartfone Samsung Galaxy Grand Duos GT-19082 bercasing merah jenama Mercury nya itu. Kejadian berlaku semasa dia tengah mengajar kami. Cikgu Waha yang terkenal dengan watak seorang yang kalut yang sememangnya tengah kalut menjadi lebih kalut.

Yang peliknya, sebelum dia jawap fon tu bukan main marah lagi dia sebab ada minah ni lupa bawak buku texts. Time jawap fone, nah punyalah lembut dia cakap, "hello, assalamuaikum" mengalahkan pasangan yang baru kawin. Dia tutup je fone, mulalah kalut dia balik. Talam dua muka betul.

"Aduh, kawan seorang ni makan julap plak"
"dah tau julap tu gi makan jugak kenapa, kan menyusah orang"
" hishh mangkuk betul" omongnya yang jelas kedengaran satu kelas.

"ni cikgu kene cari pengganti dia ni"
"kamu boleh pergi?" pertanyaan diajukan kepada pelajar yang paling kanan.

bermacam2 asalan mula diberikan. bagaikan satu pertarungan, yang kalah akan ke alam barkhzah (program tersebut)

Malang bagi ku, aku duduk paling hujung, dan semua orang telah beri alasan mereka. dah sebab aku je yang tinggal tanpa sebarang alasan.

"Ha, kamu pergi lah"
 Aku merenung ke luar jendela mengenangkan nasib yang bakal menimpa esok.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Esok tiba dan aku berada di tempat pertandingan. Kami disediakan booth berupa dua meja sekolah. Alah meja belajar tu, dia bagi dua bijik. Jadilah. Akupun tolonglah hias mana patut. Yelahkan, projek tu bukan aku buat pun. Datang menyemak je aku ni.

Pengunjung datang dan pergi. Aku duduk jelah belakang booth tu tengok mamat ni terangkan kt orang ramai macam mana projek dia berfungsi. Haishh..bosan siot. Aku kalau bosan ni tk leh duk diam. Merayap lah mata aku memerhati tingkah laku orang sekeliling.

Tiba-tiba!! aku terpandang sorang pompuan ni. Tiptop sia. Putih-putih gitu. Tengok macam penah nampak..tapi kat mana tak pasti. Aku pun usha-usha-usha punya usha baru ingat...itulah Albino. Pompuan yang aku jumpa insta dia kat komputer sekolah hari tu (BACA SINI)

Masyaallah. lagi putih dari dalam gambar. Orang selalu dalam gambar je putih, luar gelap. Ni terbalik pulak. Perghh perghh perghh. Mengelamun aku tengok dia.

Aku xleh duk diam. Aku lantas bangun seraya bergerak kearah sasaran. Rambut disisir-sisirkan, langkah di'catwalk'kan, mulut disenyumkan sebelum menghampiri sasaran.

korang mesti tertanya2 macam mana aku nak ngorat dia kan. jangan risau, you are at the right place. meh aku ajar korang teknik2. Strategi aku senang je. meh sini aku cite. tapi ingat. sebelum start, jgn tengok muka dia lagi, kenapa? alah ko tk pernah tengok cite tamil ke? Dua mata bertentang mata dalam keadaan slow motion sambil lagu shahdu diputarkan. alah tak kan tak tau kot. lantak korang lah. Ni ha mula-mula aku : (nyayian mengkut rentak lagu Akim dan

berjalan tenang menghampiri sasaran.,

"Ni korang buat ape ni" tanya aku sambil pegang dn membelek2 bikar yng diorang letak atas meja tu. (Adegan tamil masih belum berlaku)(time ni mata asyik memerhatikan bikar dengan penuh minat)

"kami buat hampas jagung sebagai penyerap minyak" jawap sidia. huh sedap jugak suara dia ni. Kalah shila majid.

lalu adegan tamil seperi yng dicerita diatas pun bermula (lantak korang lah nk imagin macam mana), Sebelum pandang tengok tu dlam hati dah rasa dah, kalau jauh tengok cantik, ni apakan pula yang dekat. mesti lagi cun ahh huhu.

"boleh ke" tanya aku lantas mata dan kepala memandang tepat ke arah muka sidia.



 TUDIA BAKHANG!!! ADA MISAI!! 



Huh!!, terbangun aku dari tido. Fuh semangat. mimpi je rupanya tadi. Aku tertido rupanye. Aku masih disini. atas kerusi di booth aku. masih nampak kelibat sidia dari tempat aku duduk. Trauma jugak aku dibuatnya. Takpa2 rilek, mimpi je semua ni.

Aku menarik nafas dalam2. cuba lagi pandang si dia. Wajahnya bagaikan seorang puteri yang muncul bagaikan bidadari. Sunguh ayu.

Tak puas hati punya pasai, aku keluarkan kemera Nikon aku, zoom dekat2 betul arah muka (orang pandai je boleh fikir cara ni). tengok tak da misai pun. huh selamat. Tapi tk selamat jugak, terkantoi pulak aku amik gambar sidia. Dia datang berjalan ke arah aku. Ahh sudah, ni lagi ngeri ni. Aku nk buat apa siot. Pasrah je lah, apa nak jadi jadi lah.

Sidia kini berada betul2 kat depan aku. Aku takut.

"Awak amik gambar kite eehh?" fuhhh lagi sedap suara dia dri yng aku mimpi tadi. Dapat ku bau juga wangian mahal Davidoff Cool Water Sea Rose Summer Seas limited Edition 100ml yang dipakainya itu.
"Aah, awak comel sangatlah. Nak simpan buat kenangan hi hi" jawap aku dengan konfidennya.
"Tak nak lah cam tu, nak ambik gambar bagilah tahu" cakapnya manja-manja.

Ini umpama green light bagi aku.

"klau macam tu, awaa jom selfie"
dia pun senyum2. malulah tu abng hensem ajak selfie.
"boleh tapi ngan syarat"
"untuk awak apa2 syarat pun boleh" jwap aku dengan machonya.
"hurmm..ok..tutup mata"

hish ni suruh tutup2 mata bagai ni nk amik kesempatan lah ni. nak cium aku kot hohoho

"Dah ke?" aku tanya.
Tapi tak da jawapan. Dia ni dah pasaipa. Aku tak puas hati, hati mana yang sanggup menunggu lama begini? Mata ku dibuka.

haa? wait? what? apa semua ni?

Tetiba aku berapa di makmal fizik!!!

Wait-wait..what is this? mana Albino aku? gambar selfie aku macam mana? apa semua ni? aku memang tak pergi ke tempat tu? lepas beberapa saat baru aku sedar. aku mengelamun rupanya. Memikirkan nasib esok. Aku rupanya masih disini, di makmal fizik, masih belum menjawab soalan cikgu tadi.

Aku tekat. Aku mesti pergi. untuk menuntut adegan selfie yang dijanjikan. Untuk membuktikan cinta ini kepada dia. Belum sempat aku nak bukak mulut, kawan aku a.k.a ketua kelas offer diri dia dulu. Jilake betul dia ni. Cikgu Waha yang kalut itupun dengan kalutnya menulis nama budak itu di atas borang tanpa sempat aku membantah. Aku terkilan. pensil pinjam yang aku pinjam dari sapa tah terus terlepas dari genggaman dan terhempas di lantai seperti terhempasnya hati aku ini.

Sob-sob, pelamin anganku musnah!!, janji selfie ku hangus!!. awaa awaa dah janji kan, klau kite tutup mata awaa nak selfie ngan kite. Mana awaa? awaa tipu!! awaa mungkiri janji yang telah kite bina bersame. kenape awaa buat kite macam ni, saia ta kuad awaa!!.


PART 1

0 comments:

Post a Comment