Saturday, August 15, 2015

Jodoh 2 Kali



Alkisah bermula di sekolah . Pada waktu rehat aku pergi ke bilik ecess ngan kawan2. Sebab aku masuk last, semua pc penuh. Yang tinggal cuma yang kt tepi meja cikgu tu je. Port paling tk private sekali. Sebab dah tak de pilihan kan, biar lah aku bukan nak tengok porn pun.

hurmm nk search ape ha. Selepas beberapa saat melihat garis couser kelap kelip kelap kelip di search bar google, tetiba tangan ni rasa nak tengok history pulak. Nak tengok lah apa manusia sebelum ni search.

Aku tengok semua instagram je. layan jugak diorang ni insta. Aku ingat aku sorang je layan. Aku rasa mamat/minah sebelum ni stalker kot. Banyak gak people dia cari. Hurm aku pun 'open new tab' lah setiap satu. kot lah ada marka lawa ke kan huhu.

akupun bukak and tiba-ttiba sebuah insta awek yang lawa terpampang dikaca screen 18 inchi tersebut. mataku terbeliak, sedikit kaku + vibrate tahap 4. tulis umo 16, sebaya kot. Tak semene-mene kawan aku yang kat sebelah ni usha pelik.

"hng kenal ke" aku tanya

"Aahh ni Albino" (bukan nama sebenar)
"bekas budak sekolah ni"
"budak kelas aku dulu"

jilake betul. aku ni dah lah budak baru. Time aku masuk lah dia pindah

"habis dia sekolah mana sekolah mana skrang?"
"sekolah depan tu ha" sambil tunjuk ke arah sekolah kat depan sekolah kami..

jilake kini hanya jarak yang memisahkan kami

aku pun scroll lah gambar2 die tengok
mak aii...bukan calang2 dia ni. Anak orng kaya kot

huh dhlah lawa kaya plak tu

"dia ni model kau tau tak?" kawan aku menambah

perghh dh la lawa, kaya, model plak tu

"tapi dia dah kaple..ngan budak sekolah Sains Apabalatah"

"biar lah dia kaple ngan sapa sekali pun, klau aku masuk jarum mesti dapat punya ahh hahaha" jawap aku dengan angkuh dan sombong + yakin.


Aku dengan segala kehebatan menghafal menghafal id insta dia..memang kompom x kan silap lah. Disusuli dengan peng'clear'an history dengan yakin nya. Taknak lah nanti orang lain pulak jumpa kan

klimack nya dirumah apabila aku cari balik insta dia tk jumpa.Aku punya jamin ahh id dia betul. Silap kat mana pun aku tak tau lah. Apakan daya. Inginku belai tangan tk sampai. Punyalah frust aku time tu + kecewa + hampa + sayu di hati ini. History pun dah delate. Waduh si*l betul

awaa saia ta kuad

aku pun pasrah a.k.a menyerah...maybe tuhan nk bagi aku yang lebih tiptop lagi kot. ( kotlah )

Tuhan maha kaya, di tangannya jodoh pertemuan.. nak dijadikan citer, pada sebelah petang, aku gi downoad apps apatah...function sebab nk unfollow lembu2 yng unfollow aku kt insta tu. Semua ketentuan tuhan, tk sangka plak apps yng didownload secara haram di Blackmart tu boleh detect 'people nearby' macam wechat. aku pun touch lah tengok kan...

subhanallah alhamdullilah terpampang insta budak tu di senarai paling atas. Tetera juga jarak 410m yang menjadi pemisah antara kami. Rupanya sebab aku tak jumpa insta dia tu pasai aku lupa taruk 'underscore'. Alah tanda ni ha  _

Uhh..bagaikan sudah dirancang pertemuan ini dari awal... terjumpa insta dia dekat pc yng orng tk guna, balik rumah lupa ID, pastu diketemukan semula dgn apps haram. Macam drama tv petang2 pulak. Kuasa tuhan yang mana kamu dustakan?

adakah ini jodoh?

dua kali plak tu kan huhuhu


PART 2: Indah Lelapku

1 comment: