Monday, September 21, 2015

Jodoh 2 Kali Part IV

Alkisah bermula pada minggu lepas hari sabtu. Sekolah sebelah ada buat hari koko. diulang..sekolah sebelah, bukan sekolah kami ok.  Jadi kawan2 aku ajak ahh aku ikut. Aku yang telah lama tidak menikmati makanan hasil tangan kakak2 sinior yang cantik2 terus kompom untuk ikut. Sekolah aku sekolah miskin. Mana pernah buat hari koko.



Seperti yng dijadual kan. Janji 5 orang datang 2 orang je. Inilah melayu.
Kami pun tiba di pintu masuk sekolah itu. Sekolah dia punya besar bak hang, ada tempat tunggu bas, blok bangunan yang tinggi bertingkat2, ada lift, baru pulak tu. Jika nak dibandingkan dengan sekolah aku cuma ... never mind.

Benda pertama yang aku ingat masa datang sini ofcos lah Albino sayang aku tu. Dengar cite dia meniaga ais blended. Boleh pau dia nanti huhuhu

Kami pun berjalan. Aku duduk dpan sekali sebab akukan macho. Sesiapa sahaja yang tengok aku kompom meleleh abihlah. Dengan lagak gansternya pastu pakai kasut serlum adidas pulak tu.

Aku cari punya cari si Albino ni tapi tak jumpa. Sebelum tu sempat jugaklah aku beli kopok lekor dari akak cantik kat gerai tu. huhu. Jalan punya jalan sampai akupun fedap. Sekolah ni bukan besar mana pun. Kalau campak jarum kat padang dia pun aku boleh cari. Mungkin xda rezekilah nak jumpa dia ni. Dahlah dulu aku bagi no phone tapi tak telepon2 pun. Simpan buat apa tak taulah. Buat jeruk kot.

Aku pun ajaklah kawan2 aku balik. Tapi diorang suruh tunggu dulu. Nak tengok show katanya. Aku pun ikutlah diorang masuk dewan. Dewan dia bakhang, punya besar..macam dewan serbaguna. Ada aircond pulak tu. Untung betul sapa sekolah sini.

Didalam itu, persembahan qoir tengah giat dijalankan. Persembahan yang cukup bertenaga. Tapi aku tak pasti apa function sorang ni duk berlakon goreng char quew teow kat depan tu. Menghalang pandangan betul. Dahlah yang lain pakai boria dia sorang je pakai baju kurang. ingat dia rare lah tu. Menyedihkan betul.

Akupun malas layan lalu on phone. Persembahan tamat dan aku still x kesah.
"Sekarang ialah pertandingan sajak...dipersilakan peserta pertama" kata DJ majlis tersebut.
Sajak lagilah aku tak layan. 

Time tu aku tengah leka aku bermain flappy bird. Tengah OTW nak dapat 5 markah ni, selepas beratus kali percubaan, Tiba tiba aku dikejutkan dengan suara yang penuh bertenaga. Habis burung tu langgar tiang. Jilake betul. Aku dah panas dah time ni, aku pun tengoklah depan, tah suara betina mana yang bersemangat lebih tu.

Masyallah!!! Aku sangat terkekut. Dia tulah pompuan yang goreng char kuew teow tadi. Dan yang lebih mengejutkan lagi, dialah Albino si cinta hati . Mana mungkin awek secomel itu mampu mendeklamasi sajak sebaik itu. Huh..berbakat sungguh. Aku pun menghayati setiap bait-bait ayat dengan teliti. Sangat menusuk kalbu metaforanya walahpun sepatah aku tak paham. 

Sungguh bagus dan dia dinobatkan sebagai juara. Lepas dia amik hadiah dan turun pentas, aku pun apalagi, pergi keluarlah. Konon nak ucap congrate lah kan. huhu, giler sweet ahh aku. Cuba korang bayangkan selapas korang buat show, awek/boyfriend korang ucap congrate dan memuji-muji anda...Huh, sangat hebat aku ni


Tapi

Tapi sebaliknya terjadi. 


Sayu...sangat sayu...rasa macam nak nangis. 


Kelihatan dia dengan kelibat seorang lelaki yang......agak.....oh stop it 
 
Dengan rambut belah tepi, tshirt koler butang sampai atas, muka tak pernah ponteng sekolah....aku tak sangka aku kalah dengan lelaki macam ni. Hubungan mereka sangat rapat. Dapat dilihat dari raut wajah mereka. 

mereka sangat gembira dan berlalu pergi......bersama-sama, 

aku disini berdiri kaku dan sayu. Mata seakan kabur. Mungkin disebabkan kedudukan aku yang berada ditepi gerai satey. Albino cinta hati, jodoh kami, kini tiada lagi. 

Aku melangkah longlai kearah pintu keluar. Sedih...sangat sedih.

mungkinkah ini penamat kepada kisah percintaan ini? Mampukah kisah ini disambung sehingga part seterusnya? atau ini yang terakhir. Mampukah cinta di hati dua insan ini mekar semula? Atau mendebu ditangan orang ketiga? Nantikan kesudahannya di episod seterusnya. 

"Adik hensem meh lah beli barang kami ni" kata seorang akak senior yang sangat cantik mengalahkan Nealofa. Air mata tadi seakan tersejat dengan sendiri. Perangai setan kini kembali.

0 comments:

Post a Comment