Monday, September 21, 2015

Jodoh 2 Kali Part IV

Alkisah bermula pada minggu lepas hari sabtu. Sekolah sebelah ada buat hari koko. diulang..sekolah sebelah, bukan sekolah kami ok.  Jadi kawan2 aku ajak ahh aku ikut. Aku yang telah lama tidak menikmati makanan hasil tangan kakak2 sinior yang cantik2 terus kompom untuk ikut. Sekolah aku sekolah miskin. Mana pernah buat hari koko.



Seperti yng dijadual kan. Janji 5 orang datang 2 orang je. Inilah melayu.
Kami pun tiba di pintu masuk sekolah itu. Sekolah dia punya besar bak hang, ada tempat tunggu bas, blok bangunan yang tinggi bertingkat2, ada lift, baru pulak tu. Jika nak dibandingkan dengan sekolah aku cuma ... never mind.

Benda pertama yang aku ingat masa datang sini ofcos lah Albino sayang aku tu. Dengar cite dia meniaga ais blended. Boleh pau dia nanti huhuhu

Kami pun berjalan. Aku duduk dpan sekali sebab akukan macho. Sesiapa sahaja yang tengok aku kompom meleleh abihlah. Dengan lagak gansternya pastu pakai kasut serlum adidas pulak tu.

Aku cari punya cari si Albino ni tapi tak jumpa. Sebelum tu sempat jugaklah aku beli kopok lekor dari akak cantik kat gerai tu. huhu. Jalan punya jalan sampai akupun fedap. Sekolah ni bukan besar mana pun. Kalau campak jarum kat padang dia pun aku boleh cari. Mungkin xda rezekilah nak jumpa dia ni. Dahlah dulu aku bagi no phone tapi tak telepon2 pun. Simpan buat apa tak taulah. Buat jeruk kot.

Aku pun ajaklah kawan2 aku balik. Tapi diorang suruh tunggu dulu. Nak tengok show katanya. Aku pun ikutlah diorang masuk dewan. Dewan dia bakhang, punya besar..macam dewan serbaguna. Ada aircond pulak tu. Untung betul sapa sekolah sini.

Didalam itu, persembahan qoir tengah giat dijalankan. Persembahan yang cukup bertenaga. Tapi aku tak pasti apa function sorang ni duk berlakon goreng char quew teow kat depan tu. Menghalang pandangan betul. Dahlah yang lain pakai boria dia sorang je pakai baju kurang. ingat dia rare lah tu. Menyedihkan betul.

Akupun malas layan lalu on phone. Persembahan tamat dan aku still x kesah.
"Sekarang ialah pertandingan sajak...dipersilakan peserta pertama" kata DJ majlis tersebut.
Sajak lagilah aku tak layan. 

Time tu aku tengah leka aku bermain flappy bird. Tengah OTW nak dapat 5 markah ni, selepas beratus kali percubaan, Tiba tiba aku dikejutkan dengan suara yang penuh bertenaga. Habis burung tu langgar tiang. Jilake betul. Aku dah panas dah time ni, aku pun tengoklah depan, tah suara betina mana yang bersemangat lebih tu.

Masyallah!!! Aku sangat terkekut. Dia tulah pompuan yang goreng char kuew teow tadi. Dan yang lebih mengejutkan lagi, dialah Albino si cinta hati . Mana mungkin awek secomel itu mampu mendeklamasi sajak sebaik itu. Huh..berbakat sungguh. Aku pun menghayati setiap bait-bait ayat dengan teliti. Sangat menusuk kalbu metaforanya walahpun sepatah aku tak paham. 

Sungguh bagus dan dia dinobatkan sebagai juara. Lepas dia amik hadiah dan turun pentas, aku pun apalagi, pergi keluarlah. Konon nak ucap congrate lah kan. huhu, giler sweet ahh aku. Cuba korang bayangkan selapas korang buat show, awek/boyfriend korang ucap congrate dan memuji-muji anda...Huh, sangat hebat aku ni


Tapi

Tapi sebaliknya terjadi. 


Sayu...sangat sayu...rasa macam nak nangis. 


Kelihatan dia dengan kelibat seorang lelaki yang......agak.....oh stop it 
 
Dengan rambut belah tepi, tshirt koler butang sampai atas, muka tak pernah ponteng sekolah....aku tak sangka aku kalah dengan lelaki macam ni. Hubungan mereka sangat rapat. Dapat dilihat dari raut wajah mereka. 

mereka sangat gembira dan berlalu pergi......bersama-sama, 

aku disini berdiri kaku dan sayu. Mata seakan kabur. Mungkin disebabkan kedudukan aku yang berada ditepi gerai satey. Albino cinta hati, jodoh kami, kini tiada lagi. 

Aku melangkah longlai kearah pintu keluar. Sedih...sangat sedih.

mungkinkah ini penamat kepada kisah percintaan ini? Mampukah kisah ini disambung sehingga part seterusnya? atau ini yang terakhir. Mampukah cinta di hati dua insan ini mekar semula? Atau mendebu ditangan orang ketiga? Nantikan kesudahannya di episod seterusnya. 

"Adik hensem meh lah beli barang kami ni" kata seorang akak senior yang sangat cantik mengalahkan Nealofa. Air mata tadi seakan tersejat dengan sendiri. Perangai setan kini kembali.

Tuesday, September 8, 2015

ACON Part I




Alkisah aku baru daftar lesen motor ni. Minggu ni kene dengar ceramah memandu. Perginya aku dengan van syarikat yang aku daftar tersebut. Van tu bak hang, Masyaalah!! punyalah buruk. dengan sofa koyak, lusuh, bau hapak, berdaki pulak tu.

time aku naik van tu aku tengok dalam tu ramai pompuan je. Adalah laki sorang dengan tempat duduk kosong di tepi dia. Aku pun duduk lah kat situ.

Aku pun pandang atas bawah ahh lelaki tu dan proses membuat hipotesis/infrens dimulakan. hurm, aku duduk dia boleh buat bodoh je. kotlah nak salam ke kan. ni mesti tak pernah sembahyang ni. Muka pun macam tak da iman je.

maka bermulalah ekspedisi  ke IDI seberang perai. Van lusuh itu memecut laju megalahkan velfire. dengan absober yang berfungsi dengan sangat bagus di tambah dengan keadaan jalan Malaysia yang sangat bermutu dan berkualiti tinggi menambahkan keselesaan perjalanan ini. (perli)

sampailah di tempat yang dituju. rasa macam nak sujud syukur pun ada. Alhamdullilah, selamat satu siksa kubur.

Jejak je aku kat tempat tu, first, aku buat muka bodoh tapi dengan penuh bergaya dan dengan badan yang tegak. Aku ni walaupun pandai, tapi aku aku suka buat bodoh. Alah, macm mr bean tu..Bukan apa, nanti orang cakap aku belagak pulakkan.

Dikala semua orng xtau nak pergi mana, ak dengan bajet pandainya berjalan kerah yang ramai orang. tindakan aku tadi diikuti dengan mereka yang lain. Rupanya itu pejabat. akupun ushalah kat dalam. ramainya orang.

Apa korang nak buat di situasi begini?

rileks, cari dan duduk di tempat duduk yang mereka sediakan di luar. jalan duduk kat dalam ok. Sambil itu korang bolehlah melihat sekeliling kot-kot lah ada aweks ke kan huhuhu.

seperti yang dijanjikan, Puan Puff akan memanggil. Kenal tak siapa puan puff ni? Takkan puan Puff pun tak kenal? rumah korang tak da TV ke Apa? Alah Puan Paff, Yang dalam cerita Spongebob tu. Takkan tak kenal kot?.

"Khursus KPP" "Khusus KPP" jerit dia. Aku tengok ramai bangun dan ikut dia. aku pun ikut sekali lah kan. dibawaknya ke dalam sebuah bilik. Yang menariknya ada aircond bai!! dia pasang punyalah sejuk. nak tau macam apa? macam korang kalau pergi hotel ada aircond lah. Pernah korang bagi chan kt air cond tu? kalau boleh nak yang paling sejuk. sebab dah bayar katanya.

Korang jangan ingat budak2 muda yang cantik dan putih je ada dalam tu. Orang tua taraf bapak korang pun ada. So jangan terkejut lah.

Sekarang aku nak bagi strategi pemilihan tempat duduk tuk korang yang newby ni. Korang sekarang ada pilihan, nak duduk dekat ngan awek-awek/kakak cantik atau duduk dengan orang tua yang tak reti duduk diam.

Aku dapat rasakan yang korang mesti pilih yang pertama tu kan. huhhh jilake betul korang ni. Duit buat lesen pun mak bayarkan.

Tak terhenti di situ, ada pro dan kontranya.

Anda seorang yang pemalas?? Mahu habiskan khursus itu dengan segera?? suka tidur?? cepat bosan?? Suka sembang politik?? mahu dibelanja makan/minum?? mahu tidur sepanjang khusus tanda dimarahi?? bebas daripada diajukan sebarang soalan ?? mahu mengusha awek tanpa dapat dikesan?? maka pilihlah pilihan kedua.

nak tau kenapa? orang tua yang masuk ni kebanyakkannya buta huruf. Tak hensem pulak tu. Umur mereka juga mungkin lebih tua daripada Puan Puff tersebut. Disebabkan mereka 'PASTI' akan lulus dengan jayanya maka Puan Puff ni akan abaikan je mereka2 ni. apabila Puan Puff mengabaikan mereka, korang yang duduk sebelah mereka ini juga akan turut terabai dan diabaikan. maka disitulah korang dapat manfaatkan manfaat di atas. korang faham tak ni?
    
Semasuknya aku dalam bilik itu, proses thumbprint dilakukan. Kau ingat biase2 ke bende ni? tibalah time aku. IC dikeluarkan dan diberi kepada Puan Puff. IC itu kemudian dimasukkan kedalam alat yang dicipta oleh yahudi tadi dimanifucture di China untuk discan.

Alhandulillah...rupanya IC aku chip dia terlalu kotor dan tidak mampu dibaca oleh alat yahudi itu. Syukur, kalau tidak sudah tentu 1 peluru telah didermakan kepada yahudi. maka aku diberikan kad lain. Nak tau kad dia macam mana? macam kad IC jugak, ada chip cuma kaler putih dan penuh daki.
 
kesimpulnnya, sebelum datang, ambil pemadam dan goris segala daki yang melekat selama 5 tahun itu. (Darjah 6 sampai Form 4).  Apa!!! malas? tak da pemadam? pemadam kene ciluk? hurmm korang ada luck takpa lah. kalau xda memang mendapatlah korang. Apa pulak! bukan best ke kad free? Best bu@uh hang. Kena bawak tiap kali tau tak?!. Orang lain bawak IC je yang korang korang kena bawak dua-dua, apa kes?

Selepas selesai, aku diberi kertas soalan yang lusuh, bersalotip, berdaki, bertelur lipas, berconteng, takda peruntukan 4.0 a.k.a kertas ujian kerabunan warna.

Aku cadang mula nak duduk kat belakang sekali, tapi penuh. Huhh terpaksalah aku duduk di kerusi baris kedua dari depan. nak tau kerusi dia macam mana? Alah, kerusi yang ada papan tu, yang orang kidal benci tu, takkan tak tau kot?. kerusi tu disusun tiga2, aku duduk kat tengah. Budak dalam dalam van tadi tu pun duduk sebelah aku. belah kanan.

aku time tu tengah semangat nak jawab kertas soalan yang lusuh, bersalotip, berdaki, bertelur lipas, berconteng, takda peruntukan 4.0 itu. Akupun apalagi, bukaklah mukasurat 1 dengan beheti2. takut reput. alahkah terkejutnya aku!! soalan macam nak test budak tadika!!. yang tak boleh blah ada jawapan pulak tu!!.  Huh, aku pun tirulah sebijik2. tuhan dah bagi rahmat tak guna buat apa? kufur nikmat namanya.

selesai meniru, akupun hantar. pas hantar tu, dapatlah aku satu buku. "Kurikulum Pendidikan jalan raya".

 Klimaknya ialah apabila datang kelibat seorang awek ni ha. punya lawa bak hang!! dah lah putih, gebu pulak tu. fuhh..memang menyemangatkan.

Selesai awek tadi daftar, dia terus duduk kat kerusi depan aku tu. fuhh, wangi bau dia bak hang. dah lah lawa, putih, gebu, wangi pulak tu. Dia pakai baju warna kuning-oren. Ingin ditegaskan di sini, baju dia ketat  ooo. aku yang duduk di belakang dia ni terpaksalah menjamu Kamu-Tahu-Apa. ha? tau tak apa dia? hish korang ni...innacent sungguh. aku bagi clue lah...Tali Ropol Karipap.

Aku ingat kot aku sorang je usha dia, mamat sebelah aku ni pun sama gak. dah lah tak sembahyang, gatal pulak tu. belum puas aku melihat keindahan, dia tetiba bangun. Aduh!! melepaslah macam ni.. tapi jangan risau. rezeki masih panjang. dia cuma tukar tempat duduk kat sebelah je.

Memang mengasyikkan. bagai orang ngantuk disorongkan bantal. daripada view tali, kini beralih kepada view bukit. tali juga masih kelihatan jelas dari kedudukan ini. huh, padan muka mamat sebelah. tulah gatal sangat..dapat tali jelah kau.

usha punya usha tetiba terdetik pulak dalam hati nak tegur. Baru sahaja ucapan hai ingin diucapkan, puan puff telah pun memulakan kelas. jilake betul. takpe, rilek, masih ada 6 jam lagi untuk kami bersama.

Punya bosan bak hang dengar puan puff tu sembang. nak tido pun tak boleh. mata puan puff asyik memerhati je. Kalau aku duduk ngan orang orang tua tadikan bagus. Kenapa tak buat? mana lah aku nak tau duduk ngan orang tua tu bagus. Kalaulah aku baca blog ni dulu sebelum aku gi sana. hurmm nak buat macam manakan. Tapi tk pa, nasib baik ada awek depan ni ha. boleh tengok bukit. Tenang je rasa.

Waktu rehat pun tiba. ingat nak ngorat dia time ni lah, tapi apakan daya, dia duduk port ramai orang pulak. jilake betul. terpaksalah aku mengundurkan diri. tengah aku rilek layan phone, tetiba ada ada abang sorang ni, nama gayanya macam budak2 U, datang dan duduk sebelah aku. Aku off phone dan sembang dengan dia jelah. Budak-budak kampung je yang asyik hadap phone sampai tak berdunia ngan orang.

waktu rehat pun tamat. kembali kami ke dalam bilik tersebut.

tengah aku dengar kata2 puan puff tersebut, awek tadi tu mengeluarkan sesuatu dari beg dia. kelihatan satu buku tulis panjang kaler kuning ada tulis SMK Convernt Butterworth. OOoo, budak convernt rupanya dia ni. Mesti pandai ni. hush, dahlah lawa, putih, gebu, wangi, pandai pulak tu.

korang nak tau kenapa tajuk kali ni ACON? sebab awek ni lah. Awek CONvernt. ACON. genius tak aku buat acroname? aku memang genius, tak payah nak puji2 lah.

Klimak nya pula berlaku apabila tengah asyik dia menulis apa yang puan puff kata, penutup pen dia jatuh. Huh, sudah semestinya peluang keemasan ini tidak akan ku lepaskan begitu sahaja. Akan aku guna peluang ini untuk berkenalan dengan dia huhu. Aku pun lantas mengambil penutup pen tersebut. sempat juga aku jeling kat mamat sebelah aku ni kasi dia jeles. Belum sempat aku nak kata apa-apa, bilik tu tetiba jadi gelap!!

tak da letrik rupanya!!, jilake betul. Time aku nak perfom lah dia buat hal. sebak gile aku time tu. Rasa nak nangis.

Semua diarah keluar. Penutup pen tadi aku simpan dalam beg. buat kenang-kenangan. Mamat sebelah aku tadi tu macam gelak kat aku pun ada. huh, apalah nasib.

Tak sempat nak turn on phone, letrik dah ada balik!!. ini memang sabotaj nama dia. kenelah aku masuk balik bilik tadi. 

Tekat ku tidak berhenti di situ, bile sasaran sudah mula duduk di tempat dia, aku menuggu masa yang sesuai untuk beraksi. Aku jeling lagi sekali mamat sebelah aku tu, dan belum sempat aku nak tegur awek tadi,

"Ok, Kelas dah tamat" "siapa yang saya panggil nama sila datang depan amik IC kamu ya" kata Puan Puff.

yang mamat sebelah aku ni dah buat muka gampang dia kat aku. kalau boleh time tu aku nak cepuk je muka dia. Nasib baik je aku ni seorang yang cool.

Takpalah, tak dapat nak kenal2, tau nama pun sudah lah. Aku pun dengarlah dengan penuh khusyuk nama2 yang disebut untuk dapatkan nama ACON ni tadi. Tapi apakan daya. Nama aku disebut dulu. jilake betul. Aku dah frust tahap gaban dah ni. Rasa nak nangis. Tapi aku kuatkan juga semangat menghadapi dunia yang fana ini.

Tapi tak pe. Nanti time ujian berkomputer minggu depan aku akan ngorat dia. korang tengok je nanti.


Update: Minggu depan aku tak leh pergi. Rambut aku dah kene sodok ngan Mahathir Si Sundal Malam Puntianak Penghisap Rambut (Guru Disiplin yang takda disiplin). Dia memerlukan rambut si teruna untuk kekal hidup.
Malulah aku pergi dengan botak macam ni. Aku rasakan, amazon korang lagi panjang dari rambut aku sekarang. melepaslah aku nak jumpa balik ngan ACON. takpalah, kalau ada jodoh akan berjumpa jualah kami.