Saturday, August 22, 2015

Jodoh 2 Kali Part III: Ahad



Ahad. Hari cuti. Sebenarnya, hari tu ada tuisyen, tapi aku malas pergi. maklumlah, sapa rajin kan, Ahad kot, Pos malaysia pun cuti. Jadi aku pakatlah dengan budak2 laki kelas aku tuk keluar melapak di Sunway carnival, SP. Kenapa? Haa ni habarg mai. Budak2 hot seluruh Seberang Perai selalu lepak sunway. Alah, macam budak KL ngan Pavi mereka.

Sebabkan like IG aku dah cecah 1000 like, so aku terpaksalah tergolong dalam golongan ni kan huhuhu. Diorang pegi bukan buat apa pun, duduk bersidai kat tinkat atas, tengok wayang (kalau ada duit ahh) . Pastu tabiat diorang ni suka masuk tandas pastu selfie acah2 toilet tu bapak dia punya. Takda keje betul. Mungkin tandas tersebut lebih cantik dari rumah mereka. Aku paham, diorang ni sebenarnya nak tunjuk phone diorang je. Taulah pakai phone mahal. 

Kul 8 pagi, kami tunggu kat bustop. Buat apa? Tunggu bas ahh. Zaman bila shoping suruh makbapak antar?

Sampailah aku ke tempat yang diceritakan. Sekarang nk buat apa? Jadi macam diorang? Tak lah, aku ni budak Bandar asli. Tak de classlah ikut perangai diorang ni. Habis aku buat apa? Aku masuk kedai buku ahh, popular. Pasaipa? Sebab kat situ je awek2 cina dan melayu yang pandai + kaya lepak. Budak2 Convent, Bagan Jaya, Chungling, high school je selalu lepak sini. Tengok pandai tak aku pilih port?. Bukan macam korang.

woi!!, kami nak tengok wayang ni” ujar kawan2 aku.
Takpalah, korang gi ahh, aku tak layan ahh cite tu. Not my standart
eleh kau, K lah, nanti habis kitaorang cari hang kat sini
Ok cantik” ujar aku sambil tunjuk good.

Korang tau tak cite apa diorang nak tengok ni? Haa kalau aku cite mesti korang tak caye punya. Nak tau? Betul ni? Diorang sebenarnya menonton filem “Cinta-cintun paling Agung”. Alah cite romen2 tu. Yang iron ajiz dan Ziti Zalehahaha berlakon tu. Tu pasailah aku tak join. Jatuh ahh saham aku kan.

Aku pun masuklah kedai buku itu. Hurm sesak jugak kan. Nak start dari mana dulu ni? (dalam hati). Mula2 aku jalan2 kat bahagian komik. Tengok kot ada buku “Lawak Kekampusan” baru ke kan. Malangnya tiada. 

Berjalan pulak aku ke bahagian novel remaja. Berdebah betul, semua bahasa mat salleh. Aku memandang promoter yang berada tak jauh dari aku. "TK BOLEH JUAL BUKU BAHASA MELAYU KE!!!? TAK NAK DUIT KE APA KORANG NI HA??!!" Tempeliak aku kepada promoter tersebut. Tapi dalam hati ahh.

Aku pun dah naik bosan dah duduk dalam ni. Banyak budak2 ja. Mana pergi tah awek2 yang aku cerita tadi tu. Aku cadang memang nak keluar dah, tapi kan tetiba aku terfikir satu benda best.

Aku pergi ke bahagian buku cina yang tak ramai orang. Aku pun amiklah satu buku. Dibeleknya aku buku tu selai-selai. Macam mana diorang boleh baca tulisan macam ni? Hurmm walaupun aku tk paham, tapi aku tetap acah2 faham. 

Motif? Sebab aku nak orang fikir aku fasih bermandarin. Biar dalam hati diorang fikir yang aku ni dah lah hensem, bergaya, pandai mandarin pulak tu kan. Memang melting habislah awek2 yang tengok huhuhu.  Kalau korang ada time tu, huh korang mesti ingat aku faham gila2 buku tu ditambahkan pulak dengan efek lenggok dan angguk tanda paham itu. huh. Korang dapat image tak ni?


Tengah aku sedap belakon, ade sorang apek ni. Tah dari mana dia datang, terus tengok aku. Aku pun buat bodoh ah.

“Ni Liaojie Jiaoshui?” (Seingat aku ahh apa apek tu cakap)

Ahh sudah…Dia ni cakap apa pulak. Aku ni belakon je lah apek oii. Don’t take Sirius ahh.
Aku pun buat2 baca dengan tekun. Dia Tanya lagi sekali, huh, tuhan je tau macam mana aku rasa time tu. Tapi Alhamdullilah lah, cucu dia panggil balik. Fuhh lega gila ahh. Klau dia tak belah mau terkencing aku kat situ.

Belum sempat aku menghabiskan helaian2 akhir buku tersebut, terdengar suara lembut membelai sukma, 

awak paham ke ape awak baca?”.   

Akupun menoleh kearah suara merdu itu, OMG!! Kelihatan kelibat seakan sang puteri, berbag tangan Camel biru, berkaca mata, bertudung merah jambu bercorak ‘moustache’ biru pekat dan bergincu merah jambu jenama Chanel. Sungguh menawan. 

Tidak kulepaskan situasi begitu berlalu begitu sahaja, 

Of Courselah paham, kalau tk macam mana nak baca kan?” jawab aku dengan nada perli.
Hebatlah awak..awak belajar mandarin kat mana?” tanya dia.
Nenek saye cina, dia lah yang ajar saye” jawab aku dengan muka yang konfident. 

Korang fikir nenek aku betul cina ke? Memang tak lah. Aku tipu je. Nak sembang biar gebang, nak tipu biar konfiden faham tk ni?. Tak takut kantoi ke ? Biarlah, dia bukan kenal nenek aku pun.

Ooo macam tu…awak tinggal kat mana, form bape, sekolah mana?

Dia ni spy amerika ke apa semua nak tanya. Tapi tak pa, lawa punya pasai aku layan je.

saya tinggal kat Sungai Dua, form 4
Ye ke? Saya pun tingal situ gak, tk pernah Nampak pun awak?
 saya baru je pindah sini
Ooo, kalau awak form 4, maknanya kita sebaya lah kan?

Mana mungkin lawa macam ni baru form 4. Kalau dah form 5 nanti aku tak tau lah macam mana lawa kau.

Laa, betul ke aw….” 

Ai yai yai yai banggali juai petai” phoneku tetiba berbunyi. Jilake betul sape gi tukar ringtone ni. Potong stim betul, time aku nak perfom lah kau bunyi. Awek tadi pun tengok aku lain macam je. Jatuh habis saham aku. Korang tau tak tu ringtone apa? Alah yang henset mainan ade butang2 tu, yang tekan ade bunyi2 tu?. Hishh korang ni tak de childhood betul.
adik main semalam phone ni” jawab aku sambil sengih2 dan tersipu2 malu. Dia pun sengih sekali. Phone pun diangkat.
Woi bro!! kitaorang dah habis ni
Haa habis dah? Kejap betul
Alah kitaorang nak tengok babak atas katil tu je, kitaorang tunggu kat luar ni, cepat sikit!
Jahanam betul diorang ni. Kenapalah aku kawan ngan diorang ni.
KK, 5 minit

K lah awak, saya balik dulu dulu lah ye” sambil meletakkan semula buku yang aku pegang. Aku tengok muka pompuan cam tak puas hati je. Siap buat muka sedih lagi. Aku pun Tanya ahh,
awak ni kenapa?
Nak no phone boleh?” pinta nya manja sepertimana manjanya kucing mintak makanan.
Nak buat apa” soal aku.
Alah bolehlah please…” perghh, luar biase betul dia ni. Comel dia lain macam sia. Aku pun dah lama dah praktis babak ni, aku pun senyum dan menghulurkan phone aku. Hehh, riaksi dia time dapat phone aku tu macam dapat emas sekilo. Di taip2nya nombor2 azimat dan bunyi vibrate kedengaran dari handbagnya. Dia senyum dan pulangkan semula phone aku. “Thanks” cakapnya happy. 

Aku hanya mampu tersenyum melihat dia. “massage bende penting je tau!”.
Dia tak jawab. Cuma senyum je, lambai tangan dan cakap bye. Kemudian berlalu dari situ. Aku rasa dia cari mak dia kot. Laju jugak dia lari, malu lah tu. Biar lah dia.

Aku pun segera keluar dan bertemu member2 aku yang berada di luar.
hang ni lambat pasai pa?
“huh, abang hensem biase ahh, tadi ada awek ngorat aku sia” jawap aku dengan bangganya.
Blah lah kau, 10 kau cite 1 pun aku tak caya

Huh lantak korang lah. Aku cite bende betul tak nak caya.
Woi, tengok tu, tu Albino kan?” (baca SINI dan SINI) seorang member menunjuk kearah seorang perempuan yang pakai handbag Camel biru, berkaca mata, bertudung merah jambu bercorak ‘moustache’ biru pekat dan bergincu merah jambu jenama Chanel

Albino aku tu ke?, Wah!!betul lah” ni first time aku tengok dia real life.
Pergh pergh pergh, sebijik macam dalam insta. Albino kekasih bayangan. Tapi kan, aku rasa muka dia familiar lah. Macam pernah tengok. Korang ingat tak kat mana aku pernah tengok pompuan pakai handbag Camel biru, berkaca mata, bertudung merah jambu bercorak ‘moustache’ biru pekat dan bergincu merah jambu jenama Chanel kat mana2 sebelum ni?

Jilake adakah? Tu lah pompuan kedai buku tu, yang tegur aku tu, waduh waduh waduh rupanya dia lah si Albino pujaan hati ini. Kenapa aku tak sedar ha? yang korang pun tak nak ingatkan kenapa? Waduh melepas betul hish hish hish. 

Tapi tak pe, rilek, no phone dah ada dalam phone, sampai seru dia phone lah kan.
Aku akan tunggu saat itu Ya Albino. 

Ohh Albino ku.



0 comments:

Post a Comment